Green Webinar & Product Launching
SESI WEBINAR ‘GREEN’ : 6 OKT 2021
Tentang E-FAMB 2021
Seminar Penyelidikan Festival Agromakanan dan Bioteknologi (FAMB) merupakan program yang diadakan setiap tahun yang dianjurkan oleh Bahagian Kurikulum (BK) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bersama kelolaan oleh Politeknik di bawah bidang Teknologi Pertanian. Pada tahun 2021 dengan bertemakan ‘TVET Ke Arah Kelestarian Agroteknologi’, FAMB 2021 akan diadakan di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan. Pembentangan kertas penyelidikan merupakan program utama dalam FAMB 2021 kali ini, di samping pertandingan inovasi dan keusahawanan yang akan dipertandingkan bersama. Festival ini telah dijadikan acara tahunan dengan mengumpulkan lima (5) buah politeknik dan 13 buah Kolej Komuniti di bawah bidang teknologi pertanian dalam satu program yang bertujuan untuk meningkatkan hubungan dan interaksi ilmiah di antara politeknik yang terlibat. Tahun ini merupakan tahun ketiga penglibatan Kolej Komuniti dalam festival ini dan merupakan anjuran kali ketujuh lanjutan daripada penganjuran yang mendapat sambutan setiap tahun.
TARIKH PENTING E-FAMB 2021
Tarikh akhir penghantaran abstrak : 28 Jun 2021
Jemputan pembentang / peserta : 30 Jun 2021
Tarikh akhir penghantaran kertas penulisan penuh : 21 Julai 2021
Tarikh akhir pembayaran : 21 Julai 2021
Tarikh akhir kompilasi dan dokumentasi : 15 Ogos - 15 Sep
PEMBAYARAN YURAN E-FAMB 2021
No Akaun : 05076010007531
Nama Akaun : KOPERASI POLITEKNIK NILAI BERHAD
Nama Bank: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
Di bahagian recipient e-mail, sila tulis koperasipns2@gmail.com
Di bahagian recipient reference, sila tulis E-FAMB2021(NO. ID PENYERTAAN)
Di bahagian other payment details, sila tulis nama pembayar